So...here are the meanings of the logos in malay version where I searched it from here.
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur gemilang sedang berkibar yang merupakan bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan semangat kecintaan rakyat pada negara.
Jalur merah dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke 50.
Bahagian dihujung angka 5 terus disambungkan pada stigma bunga raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan lima titik dihujungnya yang bermaksud lima rukun negara yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Bentuk dasar logo adalah bulat yang 'italic' / slanted ke kanan. Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud kemajuan pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan
Bentuk bulat juga bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.
Warna merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalankan oleh rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua negara, Yang Di Pertuan Agong, ia juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.
And here is the Malaysia's Independence Day Theme Song "Malaysiaku Gemilang":
Lyric:
"Malaysiaku Gemilang"
Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan Tekad mulia, Maju Berwawasan
Mencipta keagungan
Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta
Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur
Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang
Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya
Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun
We love Malaysia and Happy National Day~! Enjoy...